Tafsir Surah

1Al-Fatihah - الفاتحة

Ayat ke-2

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ2

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Tafsir Terjemahan

Kalimah الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ ialah dua sifat pecahan daripada kalimah الرحمة Namun begitu secara tersiratnya keduakalimah ini mempunyai makna yang berbeza. Kalimah الرَّحْمٰنِ membawa makna besamya rahmat kerana ia di atas wazan فعلان yang termasuk dalam sighah mubalaghah dengan maksud banyaknya rahmat dan besamya rahmat tetapi tidak semestinya berterusan. Kalimah الرَّحِيْمِ membawa maksud selama-lamanya memberi rahmat. AI-Khattabi pula berkata: الرَّحْمٰنِI bermaksud mempunyai rahmat yang meliputi seluruh makhluk berkaitan rezeki dan maslahat kehidupan sama ada mereka beriman atau tidak beriman. Dan الرَّحِيْمِ pula khas kepada orang beriman sebagaimana firman Allah SWT وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا bermaksud: Dan adalah Allah sentiasa melimpah rahmatnya kepada orang yang beriman di dunia dan di akhirat. (Surah al-Ahzab: 43) (al-Sabuni)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)