Tafsir Surah

1Al-Fatihah - الفاتحة

Ayat ke-7

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ7

laitu jalan orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat; bukan yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Tafsir Terjemahan

الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ialah golongan yang dimurkai Allah. Dalam konteks ayat ini, kita mohon kepada Allah jangan jadikan kita berada pada jalan yang melencong daripada istiqamah, jauh daripada rahmat Allah dan akhirnya ditimpa dengan azab yang buruk. Mereka ini sebenamya mengenali kebenaran tetapi meninggalkanya. Jumhur berpendapat mereka ialah golongan Yahudi dan الضَّالِّينَ pula ialah Nasara. Namun dalam konteks yang lebih luas الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ialah orang yang sampai kepada mereka agama yang benar yang disyariatkan Allah kepada hambanya tetapi mereka enggan mengikutinya dan meninggalkan agama yang benar. Dan الضَّالِّينَ pula ialah orang yang tidak mengenali kebenaran secara tepat dan betul. Tidak sampai kepada mereka risalah walaupun dengan bahasa mereka atau sampai tetapi tidak lengkap. (al-Zuhaili)”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)