قُلِ انْظُرُوْا مَاذَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ۗوَمَا تُغْنِى الْاٰيٰتُ وَالنُّذُرُ عَنْ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُوْنَ 101
Katakanlah wahai Muhammad kepada golongan kafir musyrik, “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi daripada bukti keesaan dan kekuasaan Allah. Dalam pada itu, segala bukti dan peringatan tersebut tidak memberi faedah kepada golongan yang tidak beriman.”