وَلَا تَدْعُ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۚفَاِنْ فَعَلْتَ فَاِنَّكَ اِذًا مِّنَ الظّٰلِمِيْنَ 106
Dan janganlah engkau sembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi sebarang manfaat dan mudarat kepadamu. Jika engkau lakukan perbuatan itu, maka sesungguhnya engkau termasuk dalam golongan yang zalim kerana membiarkan diri diancam oleh azab Allah.