وَاِذَا مَسَّ الْاِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْۢبِهٖٓ اَوْ قَاعِدًا اَوْ قَاۤىِٕمًا ۚفَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهٗ مَرَّ كَاَنْ لَّمْ يَدْعُنَآ اِلٰى ضُرٍّ مَّسَّهٗۗ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِيْنَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ 12
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, maka dia akan berdoa kepada Kami sama ada dalam keadaan mengiring, duduk atau berdiri. Namun apabila Kami hilangkan kesusahannya, dia pergi begitu sahaja seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami ketika ditimpa kesusahan. Begitulah orang yang melampaui batas terpedaya dengan sikap mereka dan apa yang mereka lakukan.