هُوَ الَّذِيْ يُسَيِّرُكُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِۗ حَتّٰٓى اِذَا كُنْتُمْ فِىْ الْفُلْكِۚ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيْحٍ طَيِّبَةٍ وَّفَرِحُوْا بِهَا جَاۤءَتْهَا رِيْحٌ عَاصِفٌ وَّجَاۤءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَّظَنُّوْٓا اَنَّهُمْ اُحِيْطَ بِهِمْۙ دَعَوُا اللّٰهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ ەۚ لَىِٕنْ اَنْجَيْتَنَا مِنْ هٰذِهٖ لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الشّٰكِرِيْنَ22
Dan Dialah yang membolehkan kamu melakukan perjalanan di daratan dan lautan, sehingga apabila kamu berada di dalam kapal dan ia berlayar membawa mereka dengan tiupan angin yang selesa, lalu mereka gembira dengan keadaan itu, tiba-tiba ia dipukul ribut yang kencang dan ombak dari segenap penjuru. Mereka tahu mereka telah dikepung bahaya lalu berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya dengan berkata, “Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami daripada bahaya ini pasti kami akan tergolong daripada orang yang bersyukur.”