Tafsir Surah

10Yunus - يونس

Ayat ke-24

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّمَا مَثَلُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا كَمَاۤءٍ اَنْزَلْنٰهُ مِنَ السَّمَاۤءِ فَاخْتَلَطَ بِهٖ نَبَاتُ الْاَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْاَنْعَامُ ۗحَتّٰٓى اِذَآ اَخَذَتِ الْاَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ اَهْلُهَآ اَنَّهُمْ قٰدِرُوْنَ عَلَيْهَآ اَتٰىهَآ اَمْرُنَا لَيْلًا اَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنٰهَا حَصِيْدًا كَاَنْ لَّمْ تَغْنَ بِالْاَمْسِۗ كَذٰلِكَ نُفَصِّلُ الْاٰيٰتِ لِقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ 24

Sesungguhnya perumpamaan keseronokan kehidupan dunia itu adalah seperti air hujan yang Kami turunkan daripada langit, lalu menumbuhkan berbagai-bagai tumbuhan bumi yang dimakan manusia dan ternakan sehingga apabila bumi telah berhias indah dengan tumbuh-tumbuhan itu dan para penghuninya yakin bahawa mereka tetap akan memperoleh hasilnya, tiba-tiba Kami datangkan azab pada waktu malam atau siang lalu Kami jadikan tanaman-tanaman itu seperti dicantas semuanya seolah-olah ia tidak pernah tumbuh. Demikianlah Kami menjelaskan keterangan dengan terperinci kepada golongan berfikir dan menggunakan akal.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)