وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيْعًا ثُمَّ نَقُوْلُ لِلَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا مَكَانَكُمْ اَنْتُمْ وَشُرَكَاۤؤُكُمْۚ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ وَقَالَ شُرَكَاۤؤُهُمْ مَّا كُنْتُمْ اِيَّانَا تَعْبُدُوْنَ28
Dan ingatlah bahawa Kami akan mengumpulkan seluruh makhluk pada hari kiamat, kemudian Kami berkata kepada orang yang menyekutukan Allah, “Janganlah kamu dan makhluk yang kamu jadikan sekutu itu meninggalkan tempat kamu berada sekarang.” Kemudian Kami hapuskan hubungan yang baik antara mereka, lalu berkatalah sekutu itu kepada mereka, “Kamu sebenarnya bukan menyembah kami pun.”