وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَاَنْ لَّمْ يَلْبَثُوْٓا اِلَّا سَاعَةً مِّنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُوْنَ بَيْنَهُمْۗ قَدْ خَسِرَ الَّذِيْنَ كَذَّبُوْا بِلِقَاۤءِ اللّٰهِ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ 45
Dan ingatlah hari Tuhan himpunkan mereka iaitu pada hari kiamat dalam keadaan mereka merasakan seolah-olah tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja pada siang hari. Mereka berkenalan sesama sendiri seperti keadaan mereka di dunia. Sesungguhnya rugilah orang yang telah mendustakan pertemuan dengan Allah pada hari kiamat, dan mereka langsung tidak mendapat petunjuk.