قُلْ اَرَءَيْتُمْ مَّآ اَنْزَلَ اللّٰهُ لَكُمْ مِّنْ رِّزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِّنْهُ حَرَامًا وَّحَلٰلًا ۗ قُلْ اٰۤللّٰهُ اَذِنَ لَكُمْ اَمْ عَلَى اللّٰهِ تَفْتَرُوْنَ59
Katakanlah kepada golongan kafir musyrik itu, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang telah diturunkan Allah kepada kamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya halal dan sebahagian yang lain haram.” Katakanlah lagi kepada mereka, “Adakah Allah telah memberi keizinan-Nya kepada kamu atau kamu hanya mengada-adakan pembohongan terhadap Allah?”