وَمَا تَكُوْنُ فِيْ شَأْنٍ وَّمَا تَتْلُوْا مِنْهُ مِنْ قُرْاٰنٍ وَّلَا تَعْمَلُوْنَ مِنْ عَمَلٍ اِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُوْدًا اِذْ تُفِيْضُوْنَ فِيْهِۗ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَّبِّكَ مِنْ مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِى الْاَرْضِ وَلَا فِى السَّمَاۤءِ وَلَآ اَصْغَرَ مِنْ ذٰلِكَ وَلَآ اَكْبَرَ اِلَّا فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ 61
Wahai Muhammad! Dan tidaklah engkau ketika melaksanakan sesuatu urusan, atau semasa membaca al-Quran melainkan Kami melihat kamu, begitu juga kamu wahai umat manusial Tidaklah kamu semua melakukan sesuatu amalan melainkan Kami juga menyaksikan kamu melakukan perbuatan tersebut. Dan tiada satu pun yang terluput daripada pengetahuan Tuhanmu walaupun sebesar zarah; baik di bumi mahupun di langit. Dan tidak pula sesuatu yang lebih kecil atau lebih besar daripada itu, melainkan semuanya berada dalam pengetahuan Allah dan tercatat di Lauh Mahfuz.