وَلَقَدْ بَوَّأْنَا بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ مُبَوَّاَ صِدْقٍ وَّرَزَقْنٰهُمْ مِّنَ الطَّيِّبٰتِ ۚفَمَا اخْتَلَفُوْا حَتّٰى جَاۤءَهُمُ الْعِلْمُ ۗاِنَّ رَبَّكَ يَقْضِيْ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ 93
Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israel di negeri yang baik setelah Kami binasakan Firaun, dan Kami kurniakan kepada mereka rezeki yang baik. Dan mereka tidak berselisihan mengenai Nabi Muhammad, melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan serta bukti-bukti yang nyata daripada al-Quran bahawa dia ialah Nabi. Sesungguhnya Tuhanmu akan memberi keputusan pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan sesama mereka itu.