فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ اٰمَنَتْ فَنَفَعَهَآ اِيْمَانُهَآ اِلَّا قَوْمَ يُوْنُسَۗ لَمَّآ اٰمَنُوْا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنٰهُمْ اِلٰى حِيْنٍ 98
Tidak ada sebuah negeri pun yang seluruh penduduknya beriman, lalu keimanan itu memberi manfaat dengan menyelamatkannya daripada azab melainkan kaum Nabi Yunus. Apabila mereka beriman Kami hapuskan daripada mereka azab kehinaan dalam kehidupan dunia dan Kami kurniakan kesenangan kepada mereka hingga ke suatu masa yang Kami tentukan.