Surah

100Al-'Adiyat - العٰديٰت

11 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعٰدِيٰتِ ضَبْحًاۙ 1

. Demi kuda-kuda perang yang kencang nafasnya apabila berlari.

فَالْمُوْرِيٰتِ قَدْحًاۙ2

Yang bergerak dan memercikkan api dengan tapak kakinya.

فَالْمُغِيْرٰتِ صُبْحًاۙ3

Yang menyerang pada waktu subuh.

فَاَثَرْنَ بِهٖ نَقْعًاۙ4

Lantas lariannya menjadikan debu-debu berterbangan.

فَوَسَطْنَ بِهٖ جَمْعًاۙ5

Lalu ia menggempur ke tengah-tengah musuh.

اِنَّ الْاِنْسَانَ لِرَبِّهٖ لَكَنُوْدٌ ۚ6

Sesungguhnya manusia itu sentiasa tidak bersyukur kepada Tuhannya.

وَاِنَّهٗ عَلٰى ذٰلِكَ لَشَهِيْدٌۚ7

Sesungguhnya dia adalah saksi pada perangainya itu.

وَاِنَّهٗ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيْدٌ ۗ8

Juga sesungguhnya dia amat berlebihan mencintai harta-hartanya.

۞ اَفَلَا يَعْلَمُ اِذَا بُعْثِرَ مَا فِى الْقُبُوْرِۙ9

Adakah dia tidak tahu apa akan terjadi apabila dibongkar apa yang ada di dalam kubur-kubur?

وَحُصِّلَ مَا فِى الصُّدُوْرِۙ10

Serta didedahkan apa terpendam di sebalik dada?

اِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَىِٕذٍ لَّخَبِيْرٌ ࣖ11

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Teliti Pengetahuan-Nya terhadap mereka pada hari tersebut.