Surah

101Al-Qari'ah - القارعة

11 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلْقَارِعَةُۙ1

Hari yang mengejutkan.

مَا الْقَارِعَةُ ۚ2

Apakah itu hari yang mengejutkan?

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا الْقَارِعَةُ ۗ3

Adakah engkau tahu apa itu hari yang mengejutkan?

يَوْمَ يَكُوْنُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوْثِۙ4

ltulah hari di mana manusia menjadi seperti kelkatu yang berkeliaran.

وَتَكُوْنُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوْشِۗ5

Gunung-ganang pula menjadi bagaikan bulu-bulu yang ditiup berterbangan.

فَاَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهٗۙ6

Adapun sesiapa yang berat neraca kebaikannya.

فَهُوَ فِيْ عِيْشَةٍ رَّاضِيَةٍۗ7

Maka dia akan berada dalam kehidupan yang penuh kepuasan.

وَاَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِيْنُهٗۙ8

Manakala sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya.

فَاُمُّهُ هَاوِيَةٌ ۗ9

Maka tempat kembalinya adalah Hawiyah.

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا هِيَهْۗ10

Adakah engkau tahu apa itu Hawiyah?

نَارٌ حَامِيَةٌ ࣖ11

ltulah neraka yang mendidih panas.