Surah

105Al-Fil - الفيل

5 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِاَصْحٰبِ الْفِيْلِۗ1

Tidakkah engkau melihat apa yang telah dilakukan Tuhanmu kepada tentera-tentera bergajah?

اَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِيْ تَضْلِيْلٍۙ2

Bukankah Dia menjadikan perancangan mereka sia-sia?

وَّاَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا اَبَابِيْلَۙ3

Dia telah menghantar kepada mereka burung-burung yang datang beramai-ramai.

تَرْمِيْهِمْ بِحِجَارَةٍ مِّنْ سِجِّيْلٍۙ4

Burung-burung itu mencampakkan kepada mereka batu-batuan daripada tanah liat yang dibakar.

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُوْلٍ ࣖ 5

Lalu Dia jadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.