Tafsir Surah

108Al-Kausar - الكوثر

Ayat ke-3

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْاَبْتَرُ ࣖ3

Sesungguhnya orang yang mengejimu itulah yang terputus daripada kebaikan dan tidak akan diingati melainkan dengan kejahatan.

Tafsir Terjemahan

Daripada lbn Abbas R.A berkata, apabila Ka'ab bin al-Asyraf tiba di Makkah, golongan Quraisy berkata kepadanya, kamu adalah sebaik-baik penduduk Madinah dan pemimpin mereka. Dia berkata, Ya. Mereka berkata, tidakkah kamu lihat orang yang cacat dan pelik daripada kaumnya, mendakwa dia lebih baik daripada kami? Padahal kami adalah kaum yang berkhidmat di musim haji. Ka'ab bin al-Asyraf berkata, kamu lebih baik daripada dia. Maka ALLAH SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)