وَلِلّٰهِ غَيْبُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاِلَيْهِ يُرْجَعُ الْاَمْرُ كُلُّهٗ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۗ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ ࣖ 123
Dan hanya bagi Allah segala urusan ghaib di langit dan di bumi; hanya Dia yang memutuskan segala perkara. Maka, sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali lalai daripada segala apa yang kamu lakukan.