اَفَمَنْ كَانَ عَلٰى بَيِّنَةٍ مِّنْ رَّبِّهٖ وَيَتْلُوْهُ شَاهِدٌ مِّنْهُ وَمِنْ قَبْلِهٖ كِتٰبُ مُوْسٰىٓ اِمَامًا وَّرَحْمَةًۗ اُولٰۤىِٕكَ يُؤْمِنُوْنَ بِهٖ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِهٖ مِنَ الْاَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهٗ فَلَا تَكُ فِيْ مِرْيَةٍ مِّنْهُ اِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَّبِّكَ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُوْنَ17
Jika demikian, apakah sama orang kafir dengan orang beriman yang bersandarkan kepada bukti ciptaan Tuhannya; kemudian disaksikan pula kebenarannya oleh al-Quran dan kitab Nabi Musa iaitu Taurat yang suatu ketika dahulu menjadi pedoman dan rahmat kepada kaumnya? Merekalah yang beriman dengan al-Quran. Dan sesiapa yang mengingkari kebenaran al-Quran dalam kalangan kumpulan kaum musyrikin, maka nerakalah tempat yang dijanjikan untuk mereka. Oleh itu, janganlah engkau ragu-ragu terhadap al-Quran, sesungguhnya ia adalah kebenaran daripada Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.