Tafsir Surah

11Hud - هود

Ayat ke-27

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَقَالَ الْمَلَاُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ قَوْمِهٖ مَا نَرٰىكَ اِلَّا بَشَرًا مِّثْلَنَا وَمَا نَرٰىكَ اتَّبَعَكَ اِلَّا الَّذِيْنَ هُمْ اَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِۚ وَمَا نَرٰى لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍۢ بَلْ نَظُنُّكُمْ كٰذِبِيْنَ27

Lalu, para pembesar kafir daripada kaum Nabi Nuh membalas dengan angkuh, “Kami tidak melihat kamu melainkan seperti seorang manusia biasa seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang beriman denganmu melainkan orang hina dalam kalangan kami, berfikiran cetek dan terburu-buru dalam menerima risalah kamu; kami juga tidak merasakan kamu semua mempunyai sebarang kelebihan berbanding kami; bahkan kami menganggap kamu semua hanyalah pendusta.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)