وَّاَنِ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوْبُوْٓا اِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَّتَاعًا حَسَنًا اِلٰٓى اَجَلٍ مُّسَمًّى وَّيُؤْتِ كُلَّ ذِيْ فَضْلٍ فَضْلَهٗ ۗوَاِنْ تَوَلَّوْا فَاِنِّيْٓ اَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيْرٍ3
Dan hendaklah kamu memohon keampunan daripada Tuhanmu terhadap segala dosa kamu. Kemudian hendaklah kamu kembali bertaubat dan taat kepada-Nya; supaya Dia memberikan kamu nikmat kesenangan hidup yang baik di dunia hingga ke suatu masa yang tertentu. Dan setiap orang yang mempunyai amalan yang baik akan dikurniakan balasan yang baik. Oleh itu, seandainya kamu berpaling daripada apa-apa yang aku sampaikan dan mendustakannya, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari kiamat yang ketakutannya amat dahsyat.