Tafsir Surah

11Hud - هود

Ayat ke-40

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

حَتّٰىٓ اِذَا جَاۤءَ اَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّوْرُۙ قُلْنَا احْمِلْ فِيْهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَاَهْلَكَ اِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ اٰمَنَ ۗوَمَآ اٰمَنَ مَعَهٗٓ اِلَّا قَلِيْلٌ40

Nabi Nuh terus menyiapkan bahtera itu, sehingga apabila datang perintah Kami untuk membinasakan mereka; dan permukaan bumi memancutkan air; Kami berfirman kepada Nabi Nuh, “Lsikanlah dalam bahtera itu sepasang binatang daripada setiap jenis, iaitu jantan dan betina; juga ahli keluargamu melainkan mereka yang telah dikecualikan kerana termasuk dalam kalangan yang kafir; dan isikan semua orang yang beriman.” Dan ternyata hanya segelintir sahaja yang beriman dan bersama dengan Nabi Nuh.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)