وَنَادٰى نُوْحٌ رَّبَّهٗ فَقَالَ رَبِّ اِنَّ ابْنِيْ مِنْ اَهْلِيْۚ وَاِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَاَنْتَ اَحْكَمُ الْحٰكِمِيْنَ45
Lalu Nabi Nuh berdoa kepada Tuhannya dengan merayu, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dalam kalangan keluargaku; dan sesungguhnya janji-Mu itu adalah benar; dan Engkaulah sebaik-baik Hakim yang Maha Adil lagi Bijaksana.”