قِيْلَ يٰنُوْحُ اهْبِطْ بِسَلٰمٍ مِّنَّا وَبَرَكٰتٍ عَلَيْكَ وَعَلٰٓى اُمَمٍ مِّمَّنْ مَّعَكَ ۗوَاُمَمٌ سَنُمَتِّعُهُمْ ثُمَّ يَمَسُّهُمْ مِّنَّا عَذَابٌ اَلِيْمٌ48
Lalu, Allah berfirman, “Wahai Nuh, turunlah daripada bahtera dengan jaminan keselamatan daripada Kami; dan dengan limpah keberkatan untukmu dan orang beriman yang bersama denganmu dan zuriat keturunan mereka yang kekal beriman; adapun zuriat keturunan mereka yang tidak beriman akan Kami buaikan mereka dengan kesenangan dunia sepuas-puasnya, kemudian mereka akan ditimpa azab yang amat pedih daripada Kami.”