اَلَآ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُۗ اَلَا حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ ۙيَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَۚ اِنَّهٗ عَلِيْمٌ ۢ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ ۔5
Ketahuilah, golongan musyrik itu membongkokkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripada Muhammad. Ketahuilah, ketika mana mereka menyelimuti diri mereka dengan pakaian, Allah mengetahui segalanya; apa yang mereka sembunyikan dan juga apa yang dizahirkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia dan juga isi hati yang tersembunyi dalam dada manusia.