قَالَ يٰقَوْمِ اَرَءَيْتُمْ اِنْ كُنْتُ عَلٰى بَيِّنَةٍ مِّنْ رَّبِّيْۗ وَاٰتٰىنِيْ مِنْهُ رَحْمَةً فَمَنْ يَّنْصُرُنِيْ مِنَ اللّٰهِ اِنْ عَصَيْتُهٗ ۗفَمَا تَزِيْدُوْنَنِيْ غَيْرَ تَخْسِيْرٍ63
Nabi Soleh pun berkata, “Wahai kaumku! Bagaimanakah jika aku datang membawa bukti yang nyata daripada Tuhanku dan aku pula diberi rahmat-Nya dengan melantikku sebagai nabi. Maka siapakah yang akan menyelamatkanku daripada azab Allah jika aku menderhakai-Nya? Kamu sebenarnya tidak menambahkan suatu apa pun kepadaku melainkan kerugian.”