Tafsir Surah

11Hud - هود

Ayat ke-78

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَجَاۤءَهٗ قَوْمُهٗ يُهْرَعُوْنَ اِلَيْهِۗ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ السَّيِّاٰتِۗ قَالَ يٰقَوْمِ هٰٓؤُلَاۤءِ بَنَاتِيْ هُنَّ اَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللّٰهَ وَلَا تُخْزُوْنِ فِيْ ضَيْفِيْۗ اَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَّشِيْدٌ78

Dan kemudian kaum Nabi Lut yang sudah biasa melakukan perbuatan keji meluru kepadanya. Nabi Lut berkata, “Wahai kaumku! Betapa ramainya anakanak perempuan dalam negeri ini; mereka lebih sesuai untuk kamu kahwini dan mereka lebih suci untuk kamu; bertakwalah kamu kepada Allah; janganlah sampai aku malu dengan tetamuku. Apakah tidak ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang masih boleh berfikiran waras untuk menasihati kamu?”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)