Tafsir Surah

11Hud - هود

Ayat ke-84

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَاِلٰى مَدْيَنَ اَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۗقَالَ يٰقَوْمِ اعْبُدُوا اللّٰهَ مَا لَكُمْ مِّنْ اِلٰهٍ غَيْرُهٗ ۗوَلَا تَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيْزَانَ اِنِّيْٓ اَرٰىكُمْ بِخَيْرٍ وَّاِنِّيْٓ اَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُّحِيْطٍ84

Kepada kaum Madyan, Kami utuskan saudara mereka Nabi Syuaib menjadi rasul. Dia menyeru kaumnya, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah yang Esa, tiada Tuhan yang layak kamu sembah melainkan-Nya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan, lalu janganlah disebabkan oleh maksiat, kamu ditarik dengan nikmat kemewahan ini. Dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari kiamat yang tiada siapa pun akan terlepas daripadanya.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)