بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِۙ1
Katakan wahai Muhammad, “Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta dan mengurus waktu subuh dan seluruh makhluk.”
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَۙ2
“Daripada kejahatan apa yang diciptakan.”
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَۙ3
“Juga daripada kejahatan yang ada dalam kegelapan malam apabila ia datang.”
وَمِنْ شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِى الْعُقَدِۙ4
“Serta daripada kejahatan tukang sihir yang menghembus pada gumpalangumpalan dan simpulan-simpulan.”
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ ࣖ5
“Dan daripada kejahatan orang-orang yang mempunyai hasad dengki apabila dia berhasad.”