Tafsir Surah

12Yusuf - يوسف

Ayat ke-100

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَرَفَعَ اَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوْا لَهٗ سُجَّدًاۚ وَقَالَ يٰٓاَبَتِ هٰذَا تَأْوِيْلُ رُءْيَايَ مِنْ قَبْلُ ۖقَدْ جَعَلَهَا رَبِّيْ حَقًّاۗ وَقَدْ اَحْسَنَ بِيْٓ اِذْ اَخْرَجَنِيْ مِنَ السِّجْنِ وَجَاۤءَ بِكُمْ مِّنَ الْبَدْوِ مِنْۢ بَعْدِ اَنْ نَّزَغَ الشَّيْطٰنُ بَيْنِيْ وَبَيْنَ اِخْوَتِيْۗ اِنَّ رَبِّيْ لَطِيْفٌ لِّمَا يَشَاۤءُ ۗاِنَّهٗ هُوَ الْعَلِيْمُ الْحَكِيْمُ100

Nabi Yusuf menempatkan kedua ibu bapanya di atas singgahsana bersamanya. Kemudian saudarasaudara Nabi Yusuf dan kedua ibu bapanya sujud hormat kepadanya. Nabi Yusuf berkata, “Wahai ayah, inilah takwilan kepada mimpiku yang aku beritahu dahulu. Tuhanku telah menjadikannya realiti. Dia telah memberi kebaikan kepadaku ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan kemudiannya mendatangkan kamu semua dari kawasan terpencil selepas syaitan merosakkan hubungan antara aku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lemah Lembut kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang kemaslahatan hamba-Nya dan Maha Bijaksana.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)