Tafsir Surah

12Yusuf - يوسف

Ayat ke-109

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمَآ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ اِلَّا رِجَالًا نُّوْحِيْٓ اِلَيْهِمْ مِّنْ اَهْلِ الْقُرٰىۗ اَفَلَمْ يَسِيْرُوْا فِى الْاَرْضِ فَيَنْظُرُوْا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْۗ وَلَدَارُ الْاٰخِرَةِ خَيْرٌ لِّلَّذِيْنَ اتَّقَوْاۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ109

Kami tidak utuskan rasul-rasul sebelum kamu wahai Muhammad melainkan mereka ialah kaum lelaki daripada penduduk bandar, bukan tempat terpencil yang telah Kami berikan wahyu kepada mereka. Apakah orang kafir itu tidak berjalan di atas muka bumi ini lalu melihat bagaimana akibat yang menimpa kepada umat terdahulu yang mengkufuri para rasul? Kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Adakah kamu tidak berfikir?

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)