حَتّٰٓى اِذَا اسْتَا۟يْـَٔسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوْٓا اَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوْا جَاۤءَهُمْ نَصْرُنَاۙ فَنُجِّيَ مَنْ نَّشَاۤءُ ۗوَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ110
Orang kafir itu terselamat daripada azab sehinggalah sampai waktu para rasul sudah berputus asa dengan kekufuran mereka dan yakin bahawa mereka telah didustakan, maka pada ketika itu, datang pertolongan Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan sesiapa yang Kami kehendaki. Tiada siapa yang mampu menolak azab yang Kami timpakan ke atas orang-orang yang melakukan kejahatan.