وَجَاۤءُوْ عَلٰى قَمِيْصِهٖ بِدَمٍ كَذِبٍۗ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ اَنْفُسُكُمْ اَمْرًاۗ فَصَبْرٌ جَمِيْلٌ ۗوَاللّٰهُ الْمُسْتَعَانُ عَلٰى مَا تَصِفُوْنَ18
Mereka pulang menunjukkan baju Nabi Yusuf yang berlumuran dengan darah yang palsu. Lalu Nabi Yaakub pun berkata, “Hakikatnya kamu telah mengikuti nafsu kamu ketika melakukan sesuatu. Maka hanya bersabar sahaja yang terbaik bagiku dan hanya kepada Allah-lah aku memohon diberi kekuatan menghadapi apa yang kamu telah ceritakan ini.”