Tafsir Surah

12Yusuf - يوسف

Ayat ke-19

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَجَاۤءَتْ سَيَّارَةٌ فَاَرْسَلُوْا وَارِدَهُمْ فَاَدْلٰى دَلْوَهٗ ۗقَالَ يٰبُشْرٰى هٰذَا غُلٰمٌ ۗوَاَسَرُّوْهُ بِضَاعَةً ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ ۢبِمَا يَعْمَلُوْنَ19

Ketika Nabi Yusuf berada dalam perigi, satu kafilah telah lalu dan singgah di situ, lalu mereka menghantar seorang wakil untuk mencari air. Dia pun mencampakkan timba ke dalam perigi, lalu Nabi Yusuf pun mencapai timba tersebut dan bergantung kepadanya. Apabila melihat Nabi Yusuf, dia berkata, “Alangkah beruntungnya! Budak ini sangat elok paras rupanya.” Lalu kafilah tersebut menyembunyikan Nabi Yusuf daripada pengetahuan kafilah yang lain untuk didagangkan sendiri kelak. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala perbuatan mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)