وَقَالَ الَّذِى اشْتَرٰىهُ مِنْ مِّصْرَ لِامْرَاَتِهٖٓ اَكْرِمِيْ مَثْوٰىهُ عَسٰىٓ اَنْ يَّنْفَعَنَآ اَوْ نَتَّخِذَهٗ وَلَدًا ۗوَكَذٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوْسُفَ فِى الْاَرْضِۖ وَلِنُعَلِّمَهٗ مِنْ تَأْوِيْلِ الْاَحَادِيْثِۗ وَاللّٰهُ غَالِبٌ عَلٰٓى اَمْرِهٖ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ21
Seorang lelaki dari Mesir yang telah membeli Yusuf berpesan kepada isterinya, “Berikanlah dia layanan yang baik, mudah-mudahan dia dapat membantu dan memberi manfaat kepada kita, ataupun kita menjadikannya anak angkat.” Dan begitulah Kami telah memberi kedudukan yang baik kepada Yusuf di negeri Mesir supaya Kami mengajarnya ilmu mentakwil mimpi. Allah amat berkuasa terhadap sesuatu ketetapannya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.