وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهٖۙ وَهَمَّ بِهَا ۚ لَوْلَآ اَنْ رَّاٰى بُرْهَانَ رَبِّهٖۗ كَذٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوْۤءَ وَالْفَحْشَاۤءَۗ اِنَّهٗ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِيْنَ 24
Sungguh besar godaan wanita itu terhadap Yusuf kerana lonjakan nafsunya, hinggakan Yusuf juga hampir tergoda dengannya. Lalu Yusuf telah disedarkan dengan mendapat petunjuk daripada Allah. Dan begitulah Kami menjauhkan baginya perkara buruk lagi keji. Sesungguhnya Yusuf termasuk dalam kalangan hamba kami yang terpilih dan diberi keikhlasan.