قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِيْ عَنْ نَّفْسِيْ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ اَهْلِهَاۚ اِنْ كَانَ قَمِيْصُهٗ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكٰذِبِيْنَ 26
Yusuf mempertahankan dirinya dengan berkata, “Dialah yang menggodaku.” Lalu seorang saksi daripada keluarga wanita itu tampil memberi pendapatnya dengan berkata, “Jika baju Yusuf terkoyak di bahagian hadapan maka wanita itu benar dan Yusuf dalam kalangan orang yang berdusta.”