فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ اَرْسَلَتْ اِلَيْهِنَّ وَاَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَاً وَّاٰتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّيْنًا وَّقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۚ فَلَمَّا رَاَيْنَهٗٓ اَكْبَرْنَهٗ وَقَطَّعْنَ اَيْدِيَهُنَّۖ وَقُلْنَ حَاشَ لِلّٰهِ مَا هٰذَا بَشَرًاۗ اِنْ هٰذَآ اِلَّا مَلَكٌ كَرِيْمٌ 31
Apabila sampai kepada isteri pembesar tentang kutukan mereka. dia mengundang mereka ke satu majlis untuk menjustifikasi perbuatannya. Lalu dia menyediakan tempat duduk bagi para wanita bangsawan tersebut dan diberikan kepada setiap seorang daripada mereka pisau untuk memotong hidangan. Sambil mereka leka memotong, dia pun mengarah Yusuf untuk keluar berjalan di hadapan mereka. Apabila melihat Yusuf, mereka terpesona dengan rupa parasnya sehingga terhiris jari-jari mereka sambil berkata, “Maha Suci Allah, sesungguhnya dia bukan manusia, rupa begini hanya untuk seorang malaikat yang mulia.”