قَالَ رَبِّ السِّجْنُ اَحَبُّ اِلَيَّ مِمَّا يَدْعُوْنَنِيْٓ اِلَيْهِ ۚوَاِلَّا تَصْرِفْ عَنِّيْ كَيْدَهُنَّ اَصْبُ اِلَيْهِنَّ وَاَكُنْ مِّنَ الْجٰهِلِيْنَ 33
Yusuf berdoa kepada Allah setelah mendengar kata-kata itu, “Wahai Tuhanku, baiklah aku dipenjarakan daripada menuruti kata-katanya itu. Jika Engkau wahai Tuhanku tidak selamatkan aku, aku khuatir akan menuruti kata-kata tipu daya mereka dan tentu aku termasuk dalam kalangan orang yang jahil.”