وَقَالَ لِلَّذِيْ ظَنَّ اَنَّهٗ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِيْ عِنْدَ رَبِّكَۖ فَاَنْسٰىهُ الشَّيْطٰنُ ذِكْرَ رَبِّهٖ فَلَبِثَ فِى السِّجْنِ بِضْعَ سِنِيْنَ ࣖ 42
Dan Nabi Yusuf berpesan kepada orang yang diketahuinya akan selamat antara mereka berdua, “Ceritakanlah tentangku kepada tuanmu.” Lalu setelah orang yang selamat itu keluar, syaitan telah menjadikan dia lupa pada pesanan Nabi Yusuf. Maka Nabi Yusuf kekal di dalam penjara beberapa tahun lagi selepas itu.