وَقَالَ الْمَلِكُ اِنِّيْٓ اَرٰى سَبْعَ بَقَرٰتٍ سِمَانٍ يَّأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَّسَبْعَ سُنْۢبُلٰتٍ خُضْرٍ وَّاُخَرَ يٰبِسٰتٍۗ يٰٓاَيُّهَا الْمَلَاُ اَفْتُوْنِيْ فِيْ رُؤْيَايَ اِنْ كُنْتُمْ لِلرُّءْيَا تَعْبُرُوْنَ43
Sehinggalah tiba suatu hari Raja Mesir berkata, “Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai tanaman yang hijau dan tujuh tangkai yang lain kering. Wahai para pembesar sekalian yang bijaksana, takwilkanlah mimpiku ini jika benar kalian orang yang pandai mentakwil mimpi.”