فَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِيْ رَحْلِ اَخِيْهِ ثُمَّ اَذَّنَ مُؤَذِّنٌ اَيَّتُهَا الْعِيْرُ اِنَّكُمْ لَسَارِقُوْنَ70
Ketika Nabi Yusuf sedang menyediakan bekalan makanan yang mereka perlukan, dia secara senyapsenyap meletakkan alat penyukat ke dalam tempat simpanan binatang tunggangan milik saudara kandungnya. Seketika kemudian seorang lelaki berteriak, “Wahai ahli-ahli rombongan, kamu semua adalah pencuri.”