فَبَدَاَ بِاَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاۤءِ اَخِيْهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِنْ وِّعَاۤءِ اَخِيْهِۗ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوْسُفَۗ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ اَخَاهُ فِيْ دِيْنِ الْمَلِكِ اِلَّآ اَنْ يَّشَاۤءَ اللّٰهُ ۗنَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّنْ نَّشَاۤءُۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِيْ عِلْمٍ عَلِيْمٌ76
Maka Nabi Yusuf mula menyelongkar tempat simpanan milik saudarasaudaranya sebelum mencari dalam tempat simpanan milik saudara kandungnya agar tidak disyaki. Kemudian dia mengeluarkan alat penyukat tersebut daripada tempat simpanan milik saudara kandungnya. Begitulah Kami menjayakan rancangannya. Nabi Yusuf tidak akan dapat mengambil saudara kandungnya sekiranya dia berhukum dengan undangundang raja melainkan dengan izin Allah yang mengilhamkannya dengan hukuman yang diamalkan oleh saudarasaudaranya. Kami angkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan di atas setiap yang berilmu itu pasti ada yang lebih berilmu.