فَلَمَّا اسْتَا۟يْـَٔسُوْا مِنْهُ خَلَصُوْا نَجِيًّاۗ قَالَ كَبِيْرُهُمْ اَلَمْ تَعْلَمُوْٓا اَنَّ اَبَاكُمْ قَدْ اَخَذَ عَلَيْكُمْ مَّوْثِقًا مِّنَ اللّٰهِ وَمِنْ قَبْلُ مَا فَرَّطْتُّمْ فِيْ يُوْسُفَ فَلَنْ اَبْرَحَ الْاَرْضَ حَتّٰى يَأْذَنَ لِيْٓ اَبِيْٓ اَوْ يَحْكُمَ اللّٰهُ لِيْۚ وَهُوَ خَيْرُ الْحٰكِمِيْنَ80
Apabila mereka berputus asa memujuk Nabi Yusuf, mereka berbicara sesama mereka. Saudara sulung mereka berkata, “Adakah kamu tidak ingat bahawa ayah kamu telah mengikat janji sumpah dengan kamu atas nama Allah untuk kamu menjaga saudara kamu ini. Sebelum ini pun kamu telah cuai dalam menjaga Yusuf. Oleh sebab itu, aku tidak akan keluar dari negeri ini meninggalkan saudara kita sehinggalah ayah mengizinkannya atau Allah memberikan kata putus kepadaku. Dialah sebaik-baik pemberi kata putus.”