Tafsir Surah

13Ar-Ra'd - الرّعد

Ayat ke-16

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ مَنْ رَّبُّ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ قُلِ اللّٰهُ ۗقُلْ اَفَاتَّخَذْتُمْ مِّنْ دُوْنِهٖٓ اَوْلِيَاۤءَ لَا يَمْلِكُوْنَ لِاَنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَّلَا ضَرًّاۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الْاَعْمٰى وَالْبَصِيْرُ ەۙ اَمْ هَلْ تَسْتَوِى الظُّلُمٰتُ وَالنُّوْرُ ەۚ اَمْ جَعَلُوْا لِلّٰهِ شُرَكَاۤءَ خَلَقُوْا كَخَلْقِهٖ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۗ قُلِ اللّٰهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَّهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ16

Tanyalah kepada orang kafir itu wahai Muhammad, “Siapakah Tuhan pentadbir langit dan bumi?” Katakanlah wahai Muhammad, “Allah.” Kemudian katakan kepada mereka, “Adakah patut kalian mengambil tuhan-tuhan selain Allah sebagai pelindung kalian sedangkan tuhan-tuhan itu tidak mampu untuk memberi manfaat atau mudarat pada diri mereka sendiri?” Tanyakan juga kepada mereka, “Adakah sama orang yang buta dan yang celik?” atau “Adakah sama kegelapan dan cahaya?” Adakah mereka menjadikan tuhan-tuhan lain yang mencipta seperti Allah lalu mereka keliru dan merasakan ciptaan-ciptaan itu serupa? Beritahu mereka wahai Muhammad, “Hanya Allah Pencipta semua perkara dan Dia Maha Esa dan Maha Perkasa.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)