Tafsir Surah

13Ar-Ra'd - الرّعد

Ayat ke-17

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَنْزَلَ مِنَ السَّمَاۤءِ مَاۤءً فَسَالَتْ اَوْدِيَةٌ ۢ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَّابِيًا ۗوَمِمَّا يُوْقِدُوْنَ عَلَيْهِ فِى النَّارِ ابْتِغَاۤءَ حِلْيَةٍ اَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِّثْلُهٗ ۗ كَذٰلِكَ يَضْرِبُ اللّٰهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ ەۗ فَاَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاۤءً ۚوَاَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى الْاَرْضِۗ كَذٰلِكَ يَضْرِبُ اللّٰهُ الْاَمْثَالَ ۗ17

Dia menurunkan hujan dari langit lalu air tersebut mengalir memenuhi lembah-lembah dengan kadar yang secukupnya. Air yang mengalir ini membawa buih-buih yang terlihat di permukaannya. Begitu juga buih-buih dapat dilihat apabila logam-logam dileburkan dalam api untuk menghasilkan barang-barang perhiasan atau perkakas keperluan. Demikianlah Allah memberi perumpamaan antara kebenaran dan kebatilan. Kebatilan bagaikan buih-buih yang akan hilang terbuang. Manakala kebenaran pula bagaikan air dan barangbarang perhiasan serta perkakasan yang memberi manfaat kepada manusia kekal di bumi setelah hilangnya buih-buih itu. Demikianlah Allah memberi perumpamaan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)