لِلَّذِيْنَ اسْتَجَابُوْا لِرَبِّهِمُ الْحُسْنٰىۗ وَالَّذِيْنَ لَمْ يَسْتَجِيْبُوْا لَهٗ لَوْ اَنَّ لَهُمْ مَّا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا وَّمِثْلَهٗ مَعَهٗ لَافْتَدَوْا بِهٖ ۗ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ سُوْۤءُ الْحِسَابِ ەۙ وَمَأْوٰىهُمْ جَهَنَّمُ ۗوَبِئْسَ الْمِهَادُ ࣖ18
Syurga disediakan bagi orangorang yang menyahut seruan Tuhan mereka dengan beriman kepada-Nya. Manakala orang-orang yang tidak menyahut seruan-Nya, sekiranya mereka memiliki segala apa yang ada di dunia, bahkan jika digandakan sekali pun, maka mereka akan menawarkan semua itu untuk selamat daripada azab, tetapi Allah tidak akan menerimanya. Mereka akan dibicarakan di mahkamah Allah dengan perbicaraan yang menyeksakan dan kesudahan mereka ialah Neraka Jahannam. ltulah seburuk-seburuk tempat kediaman.