جَنّٰتُ عَدْنٍ يَّدْخُلُوْنَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ اٰبَاۤىِٕهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيّٰتِهِمْ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ يَدْخُلُوْنَ عَلَيْهِمْ مِّنْ كُلِّ بَابٍۚ 23
Sebaik-baik tempat kesudahan ialah Syurga 'Adn. Mereka akan memasukinya. Bahkan mereka akan masuk bersama-sama dengan orang yang soleh dalam kalangan ibu bapa, pasangan-pasangan dan zuriat keturunan mereka. Para malaikat pula akan masuk menemui mereka dari semua pintu.