Tafsir Surah

13Ar-Ra'd - الرّعد

Ayat ke-31

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَوْ اَنَّ قُرْاٰنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ اَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْاَرْضُ اَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتٰىۗ بَلْ لِّلّٰهِ الْاَمْرُ جَمِيْعًاۗ اَفَلَمْ يَا۟يْـَٔسِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَنْ لَّوْ يَشَاۤءُ اللّٰهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيْعًاۗ وَلَا يَزَالُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا تُصِيْبُهُمْ بِمَا صَنَعُوْا قَارِعَةٌ اَوْ تَحُلُّ قَرِيْبًا مِّنْ دَارِهِمْ حَتّٰى يَأْتِيَ وَعْدُ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيْعَادَ ࣖ 31

Kalaulah ada kitab yang mampu, sama ada menggerakkan gunungganang, membelah bumi atau membolehkan orang-orang yang sudah mati berkata-kata, maka itulah al-Quran. Namun, semua urusan tertakluk pada kehendak Allah. Tidakkah orang yang beriman tahu bahawa jika Allah menghendaki, maka Dia boleh memberi hidayah kepada semua manusia tanpa menurunkan mukjizat? Selagi orang kafir itu berada dalam kekufuran, maka mereka akan terus ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka atau bencana itu menimpa kawasan berdekatan tempat tinggal mereka menyebabkan mereka menjadi cemas. la akan berterusan begitu sehinggalah datang hari kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah tidak akan memungkiri janji.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)