Tafsir Surah

13Ar-Ra'd - الرّعد

Ayat ke-33

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَفَمَنْ هُوَ قَاۤىِٕمٌ عَلٰى كُلِّ نَفْسٍۢ بِمَا كَسَبَتْۚ وَجَعَلُوْا لِلّٰهِ شُرَكَاۤءَ ۗ قُلْ سَمُّوْهُمْۗ اَمْ تُنَبِّـُٔوْنَهٗ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِى الْاَرْضِ اَمْ بِظَاهِرٍ مِّنَ الْقَوْلِ ۗبَلْ زُيِّنَ لِلَّذِيْنَ كَفَرُوْا مَكْرُهُمْ وَصُدُّوْا عَنِ السَّبِيْلِ ۗوَمَنْ يُّضْلِلِ اللّٰهُ فَمَا لَهٗ مِنْ هَادٍ 33

Setelah diketahui demikian, maka adakah ada Tuhan selain Allah yang mengawasi apa yang diusahakan oleh setiap diri manusia? Mereka menjadikan bagi-Nya tuhan-tuhan sekutu denganNya. Katakan pada mereka wahai Muhammad, “Sebutkanlah nama mereka.” Adakah kamu ingin memberitahu kepada Allah tentang sekutu-sekutu-Nya yang kononnya Allah tidak mengetahui tentang kewujudannya di bumi? Atau apa yang kamu katakan adalah dakwaan semata? Hakikatnya kekufuran dan tipu daya telah dihiaskan syaitan untuk orang kafir itu, sehingga mereka menjadi kufur dan terhalang daripada mengikuti jalan yang benar. Sesiapa yang disesatkan Allah, maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)